Monday 8 October 2012

Gambar-gambar tempat bersejarah di Melaka



Kota A Famosa bermaksud 'Yang Termasyhur' dalam bahasa Portugis.Ia telah dibina oleh Portugis sebaik sahaja berjaya menawan Melaka pada tahun 1511.Kota AFamosa ini terletak di Bandar Hilir,Melaka bersebelahan replika Istana Kesultanan Melaka dan Gereja St.Paul.Tinggalan pintu Kota A Famosa yang dipanggil Porta de Santiago (Pintu Santiago).Ia merupakan seni bina Eropah tertua yang masih tinggal di Asia.




Menara Taming Sari merupakan menara pandang setinggi 110 meter.Ia terletak di Bandar Hilir,Melaka.Menara ini merupakan menara berputar jenis Gyro yang pertama di Malaysia.Ia dibuka secara rasmi pada 18 April 2008.Reka bentuknya berdasarkan Keris Taming Sari.Lokasi asal menara ini adalah di tebing Sungai Melaka.Namun,ia terpaksa dipindahkan ke tapak baru kerana berlaku runtuhan di tapak asal.




Perigi Hang Tuah yang terletak di Kampung Duyong,Melaka ini dikatakan mempunyai kaitan dengan Hang Tuah,seorang pahlawan terkemuka di Nusantara pada Zaman Kesultanan Melayu Melaka.(1398-1511).Hang Tuah yang dilahirkan di Kampung Duyong dipercayai menggali sendiri perigi ini untuk kegunaannya.Pada asalnya, perigi ini adalah kecil tetapi lama-kelamaan semakin besar dan dalam.Ia dikatakan tidak pernah kering, walaupun di musim kemarau.Airnya sentiasa jernih dan dikatakan boleh menyembuhkan penyakit.










Wednesday 3 October 2012

Pengenalan.....

Kami murid tahun 6 Maju dari Sekolah Kebangsaan Datin Khadijah,Kuala Kangsar,Perak.Tujuan kami mencipta blog ini adalah untuk memudahkan sesiapa yang ingin mencari maklumat tentang negeri Melaka yang terkenal dengan tempat-tempatnya yang bersejarah...Kami mengalu-alukan anda untuk melawati blog kami ini tanpa segan-silu dan malu-malu.Sekian sahaja pengenalan tentang blog ini.Semoga anda mendapat maklumat tentang 'Bandar Bersejarah' daripada blog ini!!!