Budaya

Melaka terkenal dengan keunikan budayanya.Setiap kaum ini memegang teguh tradisi mereka dan ini dapat dilihat melalui makanan, adat keagamaan, festival, budaya, rekabentuk, pemakaian, barang kemas dan kraftangan..Mari sama-sama kita meninjau beberapa kebudayaan yang terdapat di Melaka...

Antaranya ialah :
  • Dondang Sayang
Dondang sayang ialah sejenis balada cinta Melayu tradisional yang mana penyanyi-penyanyi saling bertukar pantun tanpa persediaan dalam gaya yang riang dan kekadang lucu. Nyanyian-nyanyian biasa diiringi oleh empat orang ahli muzik yang terdiri daripada:
  • seorang pemain biola;
  • dua orang pemain rebana (gendang yang di sebelah sahaja dipasang kulit) Melayu; dan
  • seorang pemain tawak (gong kecil).
Pemain biola biasa merupakan ketua kumpulan ahli muzik yang memainkan peranan utama dalam dondang sayang, dan membekalkan melodi kaunter untuk melodi vokal. Pemain-pemain muzik boleh saling bertukar alat-alat muzik mereka antara persembahan tetapi pemain biola jarang berbuat demikian, walaupun dibenarkan. Sehingga lima buah rebana boleh digunakan, jika terdapat pemain muzik yang berlebihan. Kekadang, rebana boleh digantikan dengan gendang atau kompang. Alat-alat muzik boleh juga ditambahkan dengan akordion.
Muzik dondang sayang adalah perlahan, dan sebuah lagu biasanya terdiri daripada 32 bar, bermula dengan pengenalan biola, diikuti oleh rebana dan kemudiannya gong, dan akhirnya oleh nyanyian pada bar 5. Gayanya tidak formal dan liriknya biasa terdiri daripada puisi cinta.
Dondang Sayang dipercayai berasal dari Melaka, Malaysia pada zaman Kesultanan Melaka pada abad ke-15.
  • Tarian Portugis
  • Nazam
Nazam merupakan salah satu jenis puisi lama yang telah wujud lebih 100 tahun yang lalu. Nazam yang seakan-akan menyerupai nasyid tetapi ia boleh didendangkan secara perseorangan atau berkumpulan secara sponton oleh kaum wanita ketika menganyam tikar, membuat ketupat, menidurkan anak dan sebagainya.
Kebanyakan lirik atau senikatanya berbentuk puisi lama mengandungi pelbagai nasihat dan tunjur ajar biasanya berkaitan dengan ilmu tauhid, Fardhu Ain, Sifat Rasul, Sifat 20 dan sebagainya. Kumpulan yang mendendangkan nazam ini biasanya terdiri daripada 5 hingga 8 orang.
Menurut sejarah, Nazam dikatakan berasal dari Parsi dan pada abad ke 16, nazam dibawa ke Asia Tenggara melalui pedagang dan alim ulamak.

         Aku mula nazam ini dengan nama, 
         Allah yang memberi fahaman agama, 
         Puji itu bagi Allah yang mulia, 
         Lagi kekal ia lagi yang sedia.
 
Dari contoh di atas yang di karang oleh Tuan Guru Haji Mustapa dari Kuala Linggi, dapat dilihat nazam dicipta oleh alim ulama yang mempunyai ilmu yang mendalam mengenai agama. Cara penyampaian bergantung kepada tajuk atau mesej yang hendak disampaikan.
Di Melaka, Hajah Ramlah bte Haji Baba merupakan peminat nazam sehingga sekarang. Beliau merupakan ketua kepada Suara Srikandi Melaka yang memimpin Kumpulan Nazam Sri Kandi Tanjung Kling. Beliau yang berasal dari Tanjung Kling ,Melaka telah melibatkan diri dan menghidupkan semula nazam ini hampir 10 tahun lalu. Beliau merupakan wanita tunggal yang masih mengingati nazam yang hampir pupus. Menurut beliau, puisi-puisi lama yang didendangkan itu asli daripada nenek moyang turun temurun dan ia tidak diubah suai serta di tulis dengan tulisan jawi.
  • Silat Melaka
Silat merupakan salah satu daripada cabang seni masyarakat Melayu sejak zaman berzaman. Silat adalah bertujuan untuk mempertahankan diri daripada pihak lawan dengan mencari silap lawan.
Jika dilihat dari segi sejarah, seni silat ini wujud di negeri Melaka sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka iaitu sekitar kurun ke 15. Namun begitu ia dikatakan berasal dari Sumatera Utara, Indonesia dan kemudiannya diterima oleh masyarakat Melayu. Persembahan silat ini diadakan di majlis-majlis keramaian seperti majlis perkahwinan, majlis diraja dan sebagainya.
Umumnya, terdapat dua jenis silat yang popular di Melaka iaitu Silat Gayong dan Silat Lima Sahabat yang berdasarkan persahabatan lima saudara iaitu Hang Tuah, Hang Jebat, Hang Kasturi, Hang Lekir dan Hang Lekiu yang mempunyai kepandaian dalam pelbagai jenis silat.
Langkah pertama yang perlu dilakukan oleh seseorang yang ingin mempelajari Silat Gayong mestilah berhadapan dengan mahaguru dan melahirkan hasrat untuk mempelajari silat dan di sini mahaguru akan meminta beberapa jenis barang seperti buah limau, garam kasar, asam jawa, tujuh batang jarum dan sebilah pisau. Kemudian mahaguru akan mengajar tujuh jenis senaman sebagai latihan badan. Apabila telah selesai tujuh jenis senaman tersebut, mereka akan diajar senaman yang ke lapan iaitu satu senaman yang akan menentukan sama ada mereka layak menerima tali pinggang yang berwarna putih atau tidak.
Tali putih merupakan tahap pertama bagi mereka yang ingin mendalami ilmu silat. Tempoh bagi memperolehi tali pinggang kedua ialah selama dua tahun. Tali pinggang kedua dan ketiga akan mengambil masa selama tiga tahun manakala tali pinggang keempat akan memakan masa selama empat tahun.
Terdapat beberapa pantang yang harus dipatuhi oleh setiap ahli. Di antaranya tidak boleh menderhaka dengan orang tua, mahaguru dan tidak boleh melanggar larangan yang telah ditetapkan oleh agama.
  • Congkak
Congkak yang dipercayai berasal daripada dunia Afrika atau Arab, bergantung kepada teori mana yang anda percayai. Bagaimanapun, bukti tertua yang dijumpai oleh cari gali purba yang dibiayai oleh Persatuan National Geographic menjumpai kepingan batu kapur yang mempunyai dua liang selari bertarikh semenjak 5000 hingga 7000 SM di masa kini Jordan.
Dari Timur Tengah, permainan ini tersebar ke Afrika. Congkak tersebar ke Asia melalui pedagang-pedagang Arab.
Di Asia Tenggara, congkak mungkin berkembang dari Melaka memandangkan negeri ini merupakan pusat perdagangan pada waktu dahulu.[1] Nama "congkak" dipercayai berasal dari perkataan Bahasa Melayu "congak" yang bermaksud pengiraan mental. Selain orang Melayu, keturunan peranakan India dan Baba Melaka turut meminati permainan Congkak. [2]
Kanak-kanak di Kepulauan Caribbean juga bermain congkak. Congkak dipercayai sampai ke sana melalui perdagangan hamba. Di sana, congkak dikenali sebagai warri atau awari. Di Indonesia, congkak dikenali dengan nama congklak, di Filipina, sungka.
Pada zaman dahulu, golongan istana bermain congkak dengan menggunakan papan congkak yang berukir mewah, sementara di kalangan rakyat jelata, ia sekadar dimainkan dengan mengorek lubang di dalam tanah. Pada hari ini, congkak dimainkan di seluruh dunia.
Congkak begitu popular dan diminati sehingga peminat-peminatnya mencipta pelbagai laman web di internet. Dalam laman-laman web ini disenaraikan pelbagai maklumat tentang congkak dalam budaya dan bangsa di seluruh dunia. Terdapat juga permainan congkak dalam talian.

Terdapat juga kebudayaan yang tidak dilakukan kini :
  • Temasya Mandi Safar
Temasya Mandi Safar merupakan satu perayaan orang Melayu khususnya orang Melaka yang diwarisi sejak zaman berzaman. Temasya ini diadakan setiap tahun apabila tiba bulan Safar iaitu bulan kedua di dalam kalendar Islam. Ia disambut pada hari Rabu yang terakhir dalam bulan tersebut.
Sebelum Perang Dunia II, sebahagian masyarakat menganggap temasya mandi Safar ini mempunyai kaitan dengan kepercayaan agama Islam. Menurut anggapan mereka, kononnya hari tersebut dirayakan sebagai menyatakan kesyukuran kerana junjungan kita Nabi Muhammad s.a.w. telah sembuh daripada sakit yang amat berat.
Ada pendapat yang menganggap bulan Safar bulan Nahas atau bulan Bala kerana di dalam bulan ini terutamanya pada hari Rabu terakhir, Allah banyak menurunkan bala kepada makhluknya di dunia ini. Oleh itu orang-orang tua sering mengingatkan anak cucu mereka agar berhati-hati ketika melakukan sebarang pekerjaan.
Oleh kerana wujud kepercayaan seumpama ini, maka upacara perkahwinan, pertunangan dan majlis keraian tidak dilalukan pada bulan tersebut kerana dipercayai jodoh teruna dan dara tidak berkekalan.
Di Melaka tempat yang terkenal mengamalkan pesta Mandi Safar ialah di Tanjung Beruas, Tanjung Kling, Melaka. Tempat ini terletak di tepi laut Selat Melaka iaitu kira-kira tujuh batu dari Bandar Melaka.
Dalam menjayakan pesta ini, kereta lembu memainkan peranan yang penting. Pemilik kereta lembu yang rat-ratanya terdiri daripada masyarakat tani akan mengambil bahagian. Setiap tahun pada malam Rabu akhir bulan Safar mereka akan membanjiri sepanjang pantai Tanjung Keling dengan membawa kumpulan mereka. Beberapa minggu sebelum tibanya hari tersebut, lembu-lembu ini akan dibersihkan dan disapu minyak. Di samping itu mereka akan mengumpulkan alat muzik seperti biola, gong dan gendang bagi mengiringi mereka nanti.
Semasa dalam perjalanan mereka akan mengesek biola, memukul gendang dan gong serta menyanyi sepanjang jalan sehingga ke Tanjung Kling. Mereka akan menyanyi sambil berbalas pantun dalam berbagai corak pantun.

Berikut ialah kaum-kaum yang terdapat di Melaka :
  • Melayu
  • Cina Melaka
  • India
  • Baba dan Nyonya
  • Chetty atau Hindu Peranakan
  • Serani
  • Bawean
  • Eurasia
  

No comments:

Post a Comment